IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menghulurkan sumbangan peribadi RM1,000 untuk setiap keluarga penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi Khamis.
Dalam masa sama, pihak Hotel Casuarina turut menyampaikan sumbangan dengan jumlah yang sama kepada setiap keluarga terbabit.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Datuk Sham Mat Sahat berkata, sumbangan itu, disamping bantuan-bantuan lain, adalah sebagai tanda simpati terhadap keluarga mangsa tragedi.
"Atas arahan Menteri Besar, kita membantu menyediakan penginapan dan makan minum dan kemudahan lain kepada keluarga-keluarga mangsa yang datang daripada jauh.
"Daripada Johor, daripada Terengganu, yang datang untuk menuntut jenazah anak-anak mereka kita tempatkan di Lanai Casuarina ini sampai selesai, sampai proses forensik semua selesai, kita tanggung semua," katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan itu kepada wakil USAS di Lanai Casuarina Kuala Kangsar pada petang Khamis.
BACA: 5 rentung dalam nahas kereta, treler di Lebuhraya Utara Selatan
Dalam kemalangan awal pagi Khamis, lima penuntut USAS rentung dalam nahas di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara.
Terdahulu, Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi berkata, Kerajaan negeri Perak akan menanggung segala urusan menguruskan jenazah lima mangsa.
Abd Razak Mohd Ali
Thu May 12 2022
Sham Mat (kanan) ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada wakil USAS di Lanai Casuarina Kuala Kangsar pada petang Khamis. - Foto Astro AWANI
Faisal Halim semakin positif, dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Faisal dijangka dapat kembali beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada pemulihannya.
To Lam angkat sumpah Presiden baharu Vietnam
Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu, sebentar tadi.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Sambutan harmoni tanpa bimbang
Penganut Buddha bersama keluarga masing-masing mula mengunjungi kuil pada awal pagi bertujuan melaksanakan upacara keagamaan di Dewan Persatuan Buddha Gua Musang.
NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.
Kerajaan ambil langkah berhati-hati, elak rakyat terjejas
Penyelarasan subsidi dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan penghapusan subsidi diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
Suara Rakyat: Amukan gajah semakin menggila
Pekebun kecil terus menanggung kerugian, selepas dirosakkan gajah sejak empat bulan lalu.
Tiga jenazah pelajar USAS disembahyangkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun
Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid apabila jenazah dibawa untuk disembahyangkan.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga penuntut USAS maut kemalangan
Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham-Allahyarham terbabit sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Kemalangan maut penuntut USAS: JPJ tidak berkompromi
JPJ juga tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan mana-mana pengendali kenderaan perdagangan di Malaysia.
Dua mangsa nahas kereta-treler tunjuk perubahan sikap ketika Aidilfitri
Yuzambree tidak menyangka pertemuannya dengan Ahmad Akmal pada lima hari lepas merupakan yang terakhir.
Sumbangan RM2,000 untuk keluarga pelajar USAS rentung dalam kemalangan
Sumbangan itu, di samping bantuan-bantuan lain, adalah sebagai tanda simpati terhadap keluarga mangsa tragedi.
Kerajaan negeri tanggung urusan lima pelajar USAS rentung dalam nahas
Kerajaan negeri Perak akan menanggung segala urusan menguruskan jenazah lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah yang rentung dalam nahas pagi tadi.